April 10, 2008 at 9:15 am (Uncategorized)
Credit: NorzahKepol.com
SENATOR Datuk Wira Syed Ali Al-Habshee sejak sekian lama begitu lantang melancarkan kempen seorang diri bagi menggugurkan Datuk Seri Rafidah Aziz daripada Ketua Pergerakan Wanita UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Malah usaha untuk mengeluarkannya dari kabinet sudah bermula lama sebelum kempen seorang diri Senator itu.
Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menjadi Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Anti Penyelewengan lagi integriti Rafidah sudah dipersoal malah dikatakan menjadi tajuk panas jawatankuasa anti penyelewengan itu. Read the rest of this entry »
Leave a Comment
April 7, 2008 at 12:30 pm (Uncategorized)
JADIKAN iktibar! Itulah kesimpulan yang dapat dibuat apabila seorang pemimpin kanan MCA menjadi ‘mangsa’ tingkah laku peribadi sendiri yang menjadi tontonan ramai. Walaupun dalam sesetengah perkara, seseorang itu mempunyai hak dan gaya hidupnya yang tersendiri tetapi sebagai pemimpin, gerak-geri mereka akan sentiasa diekori serta diperhati.
Tidak kira kawan atau lawan, perbuatan dan tutur kata mereka akan menjadi perhatian ramai. Sebabnya kerana mereka adalah pemimpin. Tersilap kata atau terlanjur perbuatan, maka buruk padahnya. Inilah yang dihadapi oleh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek apabila beliau terpaksa mengakhiri dunia politiknya – bermula sebagai ketua cawangan MCA Zabedah Timur pada 1982 sehinggalah ke jawatan terakhirnya – Naib Presiden MCA mulai April 2004. Beliau meninggalkan dunia politik tanpa rasa sedih tetapi dalam satu suasana yang ‘mengaibkan’ dan pastinya penuh dengan kekesalan.
Read the rest of this entry »
Leave a Comment